Tuesday, January 26, 2010

Bagan Lalang ride

Refresh..

Dear All members,
Atas permintaan ramai dan sempena cuti hari wilayah isnin 1/2/10..
Dimaklumkan kita akan mengadakan short ride @ ride bersantai & dinner di bagan lalang

Agendanya adalah seperti berikut

tarikh : 31/1/10 (ahad )
destinasi : Bagan Lalang
aktiviti: makan malam dan enjoy permandangan matahari terbenam.
Rv: Jam 530pm di tol KLIA hala ke terminal.

Nama mereka yg confirm as of 11am, 31/1/10..
1) Viarfour
2) Yus Rabbit & Bunny nya
3) Ramlan cbr
4) Amir fatin fatini
5) Zaid R1
6) Anas
7) Bob Samurai & Family
8) Joe french kiss
9) Inspsahab
10) Gaijin
11) Suhaimi 750


to be confirm later...
1) Fadil
2) Safei gtr14
3) Alex
4) Amirgtr14
5) Kawan inspsahab

lai lai lai...jom kita meramaikan acara...

Saturday, January 23, 2010

Gambar TTS dan lawatan 22/1/10


Salam semua, seperti biasa sedikit laporan bergambar TTS 22/1/10.

Terima Kasih pd semua member2 UnitedNinja yg telah sudi melawat kami sekeluarga di teratak kami sempena kehadiranorg baru di dalam keluarga. Juga harap maaf kerana hidangan yg amat ringkas..almaklumlah, kat umah semua yg ada makanan diet org dlm pantang jer.
















Thursday, January 21, 2010

Pengumuman Official Friday TTS @ 22/1/2010

Salam semua...Minggu ni TTS akan diadakan di kawasan bro Ainol.(melawat Bro Ainol n his newborn champion  Grin)

Tarikh: 22/1/2010

Lokasi RV: Welly Subang

Masa rv: 9pm to 930pm.

Port TTS : Kita g melawat bro ainol dlu..pastu kita reramai g gegar kedai AmirGTR14..

so apa lg kawan2 sekalian, mari kita turun tts reramai sambil ambik berkat bro ainol ehehehe

tahniah kepada bro Vi@rfour

Pada tanggal 20 Januari 2010,jam 9 pagi,telah lahirnya seorang bayi lelaki yang telah diberi nama Muhammad Naqib.Seorang perintis yg bakal menggegarkn dunia permotoran yang bakal mewarisi dan bakal menyambung kewibaan dan kehandalan bapanya yang merupakan otai aka sifu aka tok guru aka cikgu aka sewaktu ngannya d dlm group united ninja ini.Beliau yg disebut adalah bro viarfour atau dkenali juga dgn nama Ainol.

kami dr pihak united ingin mengucapkn tahniah kepada bro ainol d atas kelahiran bayi barunya yg membuka tirai 2010 ini dgn penuh semangat dan azam yg lbeyh membara.semoga kedatangan ahli baru d dlm family bro ainol akan mmeriahkn dan menceriakn suasana.

~sori klu ayat merepek sket...hehehehehe :P

Monday, January 18, 2010

2 Agenda terbaru


Salam.
2 agenda yg perlu diambil perhatian semua.


1) Jemputan ke kenduri (house warming) rumah bro Azizi zx6 di Setia alam Klang.

Date: 30/1/10 - Sabtu.
MAsa: 3pm - 4pm (time ni reserve utk UnitedNinja, so ada makan special kott)
Rv: Esso depan Jayajusco bandar baru klang. jam 230pm.

So, marilah kita reramai meraikan majlis saudara kita ini...
Senarai nama yg confirm hadir adalah.. (as at 120am 18/1/10)
a) Nautica & Nautici
b) Wan R1
c) Viarfour
d) ........
e).........
f) Lai lai lai...


2) Cadangan Ride 2 hari 1 malam ke selatan semenanjung.

Date: Tentative bulan 3
Lokasi: TBA
Kos & bayaran : TBA

Perkara no 2 adalah untuk kita semua memberi cadangan dan idea2 bernas yg bakal mengembirakan semua ahli dari segi tarikh dan lokasi agar jumlah yg dapat ikut program dapat dimaksimumkan.
Oleh yg demikian sesiapa yg ingin memberi cadangan, diminta beri cadangan yg berstruktur dan terperinci seperti ;
Cadangan tarikh:
Cadangan tempat:
Cadangan tempat penginapan:
Cadangan Kos & perbelanjaan:
Cadangan aktiviti yg hendak dijalankan:
dan lain lain:

Contoh cadangan yg tdk berstruktur dan akan ditolak ialah seperti...
"kita gi tioman lah bro...situ makan best dan pantai banyak flora dan fauna" ;
" bro bulan 6 ni apa kata kita ride ke selatan..dah lama tak ride jauh ni"...dll...

So guys lets do some homework 1st b4 propose ya...dan harap ramailah yg sudi menyumbang cadangan2 bernas.

United...
UnitedNinja

Thursday, January 14, 2010

Pengumuman Official Friday TTS @ 15/1/2010

Pengumuman mengenai Official friday TTS @ 15/1/2010.

Salam semua...Minggu ni TTS akan diadakan di kawasan bro WanR1 di sekitar Bandar Bkt Raja Klang / Melur Jaya Setia Alam.
Tarikh: 15/1/10
Lokasi RV: Tgu /berkumpul di Esso depan JayaJusco Klang. (Maklumat lanjut call 0126788750)
masa rv: 9pm to 930pm.
Port TTS : Bro WanR1 akan bawa kita semua ke port yg baik punyer..(pun byk flora dan fauna)

so apa lg kawan2 sekalian, mari kita turun tts reramai sambil mengontrol hensem..lai lai lai.

Peta lokasi disini... lokasi (A)
http://maps.google.com.my/maps?hl=en&tab=wl&q=Esso%20bandar%20baru%20klang

Thursday, January 7, 2010

Official Friday TTS @ 8 Jan 2010







Pengumuman mengenai next Official friday TTS @ 8/1/2010.

Atas permintaan ramai...Minggu ni TTS akan diadakan di kawasan bro Anas/Amir11/Nautica di sekitar putrajaya /cyberjaya.

Tarikh: 8/1/10
Lokasi RV: Tgu /berkumpul di exit tol putrajaya/cyberjaya yg dr hyway elite (hyway elite yg ke klia tu dan atas sikit dr exit putra height).
masa rv: 9 to 930pm.
Port TTS : Bro anas dan nautica kata nak bawak kita semua ke port yg baik punyer..(byk flora dan fauna)

so apa lg kawan2 sekalian, mari kita turun tts reramai sambil mengontrol hensem..lai lai lai.

seperti biasa sedikit gambar untuk tatapan semua...sori quality gambar tidak memuaskan..tapi boleh lah layan...

antara unitedninja members yg berjaya hadir mlm tadi...welkom bro tahir hayabusa.